JARAK ITU MENJAGA AKU DAN DIA
Pernah satu ketika dulu, aku kecewa dengan keadaan ini, aku kecewa, aku sedih..Namun kini aku semakin mengerti, JARAK ini bukan untuk menghukumku...Tetapi JARAK ini untuk menjaga aku dan dia..Dengan JARAK ini, aku dan dia berjanji untuk menjadi lebih baik..Dengan JARAK ini, aku dan dia berjanji untuk memperbaiki cinta kepada ILLAHI...Dengan JARAK ini jua aku dan dia yakin andai tiba saatnya nanti, aku dan dia akan lebih bersedia untuk melayari semua ini dengan jalan yang diredhainya..Terima kasih Ya Allah kerana memberi peluang kepadaku melalui jalanMU ini..Terima kasih Ya Allah kerana memberikan JARAK ini kepada aku dan dia....
Aku sedar, aku insan yang masih rapuh, kadangkala hatiku goyah melihat sekeliling yang menekanku...Jika tidak kerana JARAK ini, mungkin aku akan mencari pelbagai alsan untuk bersama dengannya..Hatiku sentiasa merinduinya..Aku yakin semua ini rencanaMU Ya Allah...Moga di akhir JARAK ini, kau memberi kesudahan yang baik untuk aku dan dia..Biarlah JARAK ini menjadi penjaga bagi aku dan dia..Aku yakin dengan rencana yang telah tertulis untukku..aku yakin jika tertulis jodoh antara kami, sejauh mana aku dan dia berlari menjauh, kami akan dipertemkan jua di garisan takdir antara kami nanti...insyaALLAH..ameen
comey x???tetibe kuar gmbar ni...haha